DPIM Putrajaya ialah sebuah entiti di bawah Dewan Perdagangan Islam Malaysia yang berperanan memperkukuh ekosistem ekonomi Islam melalui jaringan usahawan, profesional dan institusi strategik di Wilayah Putrajaya dan sekitarnya.
Berpaksikan prinsip kolaborasi dan keberkatan, DPIM Putrajaya berfungsi sebagai pemangkin pembangunan ekonomi ummah yang mampan, inovatif dan berteraskan nilai Islam.
Empat teras utama menjadi landasan gerak kerja kami:
- Jihad Bisnes – Menjadikan perniagaan sebagai wadah perjuangan dan ibadah.
- Halal Ekonomi – Memperkasa rantaian nilai halal yang berintegriti.
- Wakaf Korporat – Menginstitusikan wakaf sebagai strategi pembangunan berterusan.
- Islamic Digital Economy – Memacu transformasi digital patuh syariah untuk usahawan Islam.
DPIM Putrajaya komited menjadi peneraju dalam membina ekonomi Islam yang progresif, berdaya saing dan berimpak, selaras dengan aspirasi pembangunan ummah dan negara.
Datuk Seri
Muhammad Khanafi Husin